Percubaan saya menubuhkan DOCOM resources adalah dari kesinambungan DOUBLE O. Tujuan nya adalah tak lain dan tak bukan untuk membuktikan kontraktor telco bumiputera juga mampu bersaing dalam masa yang sama menaikkan semula imej industri telco tanahair yang sudah tercalar.
Hasil dari kajian setelah hampir 'tewas' di pusingan pertama, saya telah menyusun kembali strategi untuk bangkit di pusingan kedua.
1. Modal
Modal memainkan peranan penting di dalam setiap bisnes. Modal yang besar tidak menjamin keutuhan sesebuah bisnes. Oleh itu saya mula dengan modal kecil iaitu lebih kurang RM50k.
2. Staff
Di awal penubuhan sesebuah sykt kecil, mempunyai staff yang berkemahiran dengan gaji yang kecil adalah agak mustahil. Oleh itu saya merekrut lepasan diploma poli & kolej tempatan. Bermula dgn 2 student praktikal dan 3 staff sepenuh masa, 2 staff terpaksa saya transfer ke syarikat lain kerana tidak menepati syarat2 DOCOM. 2 orang student ini saya upgrade kepada permanent staff setelah menilai hasil kerja mereka selama sebulan. Jumlah staff hanya 3 orang.
Buat permulaan saya hanya train mereka utk membuat dwg memandangkan itu sahaja projek yg saya dapat. Lagipun saya tpksa monitor mereka dari 'luar negeri'
3. Kelengkapan
Hanya kelengkapan asas seperti sebuah meja dan 2 kerusi + sebuah PC 2nd hand I5, cukup untuk buat Autocad. Lagipun staff lebih selesa buat kerja pakai Laptop sendiri. Untuk pengetahuan anda, saya hanya menyewa sebuah bilik office kecil yang dilengkapkan dengan 2 meja dan satu kerusi. Siap dengan air-cond dan wi-fi. Saya juga dapat menggunakan kemudahan training room. Sewa hanya rm480 termasuk api air.
bersambung